KOMANWEL
Pertubuhan Komanwel
merupakan persatuan secara sukarela yang melibatkan negara yang pernah menjadi tanah
jajahan British, manakala negara yang masih dijajah menjadi ahli bersekutu.Komanwel
ditubuhkan pada tahun 1931 dan mempunyai 54 buah Negara maju dan Negara membangun.
·
Matlamat penubuhannya adalah untuk membina semangat setiakawan di kalangan Negara anggota
serta mewujudkan kerjasama dalamsemua bidang. Malaysia telah menjadi anggota Komanwel
selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Penglibatan Malaysia dalam Komanwel
adalah demi menjamin keharmonian dan membanguan eknonomi negara.
k
Antara Penglibatan Malaysia Dalam Komawel
1)Perjanjian Pertahanan Anglo-MALAYA (AMDA)
Malaysia
mempunyai hubungan yang rapat dan baik dengan Komanwel, terutama dengan negara
British kerana Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat itu dari segi pertahanan.Oleh
itu, Perjanjian Pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia, dan New
Zealand telah ditandatangani pada tahun 1957 kemudian diperbaharui pada tahun
1971 yang dikenali sebagai Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa.
Tindakan
Malaysia menandatangani Perjanjian AMDA di dorong oleh kedudukan pertahanan negara
yang tidak kuat. Perjanjian ini menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya
Malaysia diserang oleh mana- mana pihak terutamanya semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia dari tahun
1963-1966. Semasa darurat, Malaysia mendapat bantuan tentera daripada Negara Komanwel
seperti Fiji dan Nepal untuk memerangi kegiatan pengganas komunis.
2)Penglibatan Dalam Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
Malaysia
sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel
terutama menjelang akhir tahun 1980-an. Mesyuarat CHOGM diadakan dua tahun sekali bagi membincangkan
isu-isu semasa antarabangsa yang berkaitan dengan negara-negara anggota. Pada bulan
Oktober 1989, Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah Persidangan Ketua-Ketua
Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Kuala Lumpur.
Dalam
mesyuarat tersebut , Malaysia membangkitkan isu pemeliharaan alam sekitar dan mebawa
kepada Deklarasi Langkawi yang mendorong Negara anggota yang miskin turut memberi
perhatian kepada isu alam sekitar ketika Negara anggota sibuk membangunkan ekonomi
Negara masing-masing.
Kemampuan
Malaysia dalam mengendalikan persidangan CHOGM di Kuala Lumpur telah mendapat pujian
daripada negara-negara Komanwel. Kejayaan itu menandakan satu lagi sumbangan
Negara dalam arena politik antarabangsa.
3)
Menentang Dasar Apartheid
Malaysia
juga dengan lantang bersuara menentang dasar
Apartheid di Afrika Selatan yang menyalah gunakan hak asasi manusia. Dasar
Apartheid merupakan dasar yang membezakan hak dan kedudukan kaum mengikut warna
kulit.Mengikut dasar ini, orang kulit putih di Afrika Selatan dianggap sebagai golongan
istimewa manakala orang kulit hitam dianggap sebagai golongan bawahan yang
tidak mempunyai sebarang hak asasi dari segi politik.
Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama di beri kebebasan sepenuhnya dalam
mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap
komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras dasar
Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan.
Malaysia
turut menyokong sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar ini dilaksanakan
oleh orang kulit putih. Malaysia tidak mengadakan hubugan diplomatic dengan Afrika
Selatan sehinggalah dasar itu dihapuskan. Bantahan Negara Komanwel terhadap dasar
ini, akhirnya Afrika Selatan disingkirkan daripada pertubuhan Komanwel.
.


No comments:
Post a Comment