PERTUBUHAN BANGSA BERSATU(PBB)
PBB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa(international).Pertubuhan
tersebut ditubuhkan di Francisco,California.Pada asalnya PBB terletak di San
Francisco,selepas itu PBB bertukar operasi ke Kota New York sejak 1946 sehingga
kini.Tarikh rasmi ia ditubuhkan ialah pada 24 Oktober 1945,selepas perang dunia
ke dua.Keahlian PBB terbuka kepada semua Negara di seluruh dunia.
Pada awal penubuhan PBB ini,terdapat hanya 51 buah Negara yang
menganggotainya. Bilangan yang menganggotai PBB pada masa kini telah bertambah
iaitu 193 buah Negara ahli dan 2 buah Negara pemerhati.
Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia merupakan anggota asli
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Piagam PBB ditandatangani atas namanya pada 26
Jun 1945 dan diraktifikasikan pada 19 Oktober 1945.
Persekutuan Malaya bergabung dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
pada 17 September 1957 selepas mencapai kemerdekaan.Pada 16 September 1963,nama
Malaya berubah menjadi Malaysia,selepas penerimaan persekutuan baru Singapura,Sabah(Borneo
Utara) dan Sarawak.
Piagam PBB ditandatangani adalah bertujuan menjamin keamanan Negara dan
keselamatan dunia.Tujuan lainnya adalah bagi menggalakkan hubungan baik antara
Negara anggota.Seterusnya,bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa dan
melindungi hak asasi manusia.Akhir sekali,PBB menjadi pusat mengharmoni
tindakan Negara anggota.
Sebelum PBB ditubuhkan terdapat satu pertubuhan yang memainkan peranan
yang sama dengan PBB iaitu Liga Bangsa- Bangsa.Tetapi telah dibubarkan kerana
pertubuhan tersebut gagal menghalang perang dunia kedua.
Berikut adalah peranan Malaysia menyelesaikan konflik
antarabangsa.Malaysia menyertai pasukan pendamai PBB untuk menamatkan perang
saudara di Congo (Zaire). Seterusnya,pada tahun 1989,Malaysia mewakili pasukan
pengaman PBB ke Namibia bagi membantu Negara itu mencapai kemerdekaan.Selain
itu,pada tahun 1990-an Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke sempadan
Iran-Iraq dan Kampuchea serta pasukan pengaman ke Bosnia.
Penubuhan PBB berperanan untuk memelihara keamanan dan keselamatan
antarabangsa. Selain itu PBB juga berperanan menjadi pasukan pendamai,pengaman
dan pemerhati dalam beberapa pergolakan Negara.Seterusnya, PBB menentang dasar
Aparteid. PBB juga menyaran benua Antartika menjadi warisan dunia.



No comments:
Post a Comment