Tuesday, 30 January 2018

Sambungan OIC (M/S 7)











 Negara Malaysia juga telah diberi kepercayaan untuk turut terlibat dalam beberapa Jawatankuasa/Kumpulan penting dalam OIC seperti Kumpulan Bosnia Herzegovina, Kosovo, Palestin,Somaliadan Sierra Leone, di mana Malaysia adalah Pengerusinya. Malaysia dilantik sebagai Pengerusi dalam Kumpulan 13 buah negara OIC mengenai keganasan. Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting. 

Contohnya, Sesi Luar Biasa Menteri-menteri Luar Negara Islam Mengenai Keganasan (1-3 April 2002), Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone (13-14 Jun 2002), Mesyuarat Susulan Peringkat Pegawai Kanan Mengenai Pelancongan (5-7 September 2003), Sidang ke-27 Menteri-menteri Luar OIC (27 Jun 2000), Sidang Kemuncak Ke-10 OIC (16-18 Oktober 2003) dan berbagai-bagai mesyuarat lain pada peringkat Menteri dan juga pegawai-pegawai kanan dan jawatankuasa di bawah naungan OIC.
 
Malaysia juga di beri tanggungjawab mengetuai delegasi OIC Peringkat Menteri selaras dengan mandate Mesyuarat Khas untuk bertemu ahli-ahli Kuartet (EU, Rusia, Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung PBB) bagi menggesa Kuartet mengambil langkah segera menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Akhir sekali, kejayaan yang besar bagi pertubuhan OIC ialah apabila Amerika Syarikat (AS) dan Britain mengiktiraf peranan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam mengembalikan keamanan dan kestabilan di Iraq dan Palestin.


 



OIC (M/S 6)



OIC
OIC  ialah singkatan kepada Organisation of Islamic Conference atau Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam. OIC juga merupakan sebuah organisasi yang dianggotai oleh 57 buah negara Islam daripada tiga rantau terbesar, iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika. Jumlah penduduknya merupakan satu per lima daripada penduduk dunia. Selain itu, negara Balkan yang terletak di rantau tenggara Eropah serta negara yang dinamakan Caucasus yang terletak di EropahTimur ini juga terlibat dengan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam ini.
  
OIC juga bertindak sebagai satu-satunya forum khusus untuk negara-negara Islam bagi mewujudkan perpaduan sesama Ummah, terutamanya mengenai konflik yang tercetus di antara Israel dan Palestin. Seterusnya, organisasi ini ditubuhkan  pada tahun 1971 atas cadangan Malaysia dan ianya adalah merupakan sebuah idea yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman. Selain daripada itu, Tunku Abdul Rahman juga telah dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. 

 Dalam pada itu, pejabat bagi Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam ini atau OIC, ianya beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi. Sebagai sebuah Negara Islam, Malaysia berpendapat bahawa hubungan dengan negara-negara Islam sangat mustahak. Matlamat bagi pertubuhan ini adalah untuk mengeratkan hubungan dan untuk mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan teknologi, pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya untuk meninggikan Syiar Islam.


 
 Seterusnya, ianya juga bertujuan untuk mengekalkan perdamaian dalam persengketaan antara negara Islam dan juga bersama-sama dalam memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari. OIC juga berperanan membendung segala unsur  jahat yang menindas umat Islam di seluruh dunia. Selain itu, OIC juga akan menjadi rujukandalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum-hakam yang dihadapi oleh umat Islam sejagat.

Dalam pada itu, Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC seperti Petronas di Iran. Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara negara Islam, Malaysia telah menganjurkan Musabaqah al-Quran pada tiap-tiap tahun dan juga mengadakan program NidaUl-Islam. Program NidaUl-Islam adalah sebuah program dakwah, iaitu aktiviti yang berlandaskan al-Quran danSunnah
.
Dalam bidang pendidikan pula, negara-negara OIC turut memajukan pendidikan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia dengan penubuhan universiti-universiti Islam seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Islamic University of Technology (IUT) Bangladesh, Islamic University In Uganda (IUIU), Islamic University Niger (IUN) dan sebagainya. Antara usaha yang dilakukan oleh Malaysia adalah memberikan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa peperangan di Chechnya.