Saturday, 27 January 2018

ASEAN (M/S 4)

Pertubuhan negara negara asia tenggara

Malaysia mempunyai dasar luar yang sangat mantap. Walaupun begitu, ia tidak sewenang wenangnya membolehkan malaysia membuat hubungan dengan negara negara di dunia. Hal ini kerana, malaysia perlu mengambil kira beberapa faktor iaitu : faktor keselematan negara, faedah pembangunan ekonomi serta politik dan sosial.

 Asean ditubuhankan pada 8 ogos 1967. Pertubuhan ini dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Terdapat beberapa negara yg mempersetujui cadangan penubuhan ini. Antaranya ialah Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Terdapat banyak negara yang telah menganggotai ASEAN.


 Sepanjang ASEAN ditubuhkan, malaysia telah mengadakan pelbagai hubungan diplomatik. Antaranya ialah hubungan perdangan dan perindustrian, kerja sama ekonomi , kerjasama politik, kerjasama sosial dan kebudayaan, kerjasama pendidikan dan kesihatan, kepentingan sosial dan sebagainya. Malaysia telah menjalinkan hubungan ini dengan negara negara anggota ASEAN yang lain.

Dari salah satu aspek iaitu aspek keselamatan, ASEAN telah bersetuju untuk menjadikan rantau ini sebagai rantau yang bebas daripada persaingan kuasa besar. Dari aspek ini, maka muncul la Zon Aman , Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) di setiap negara anggota ASEAN. Selain dari itu, ASEAN juga bersetujuuntuk mengelakan rantau ini menjadi tempat persaingan tenaga nuklear dan menerima konsep South East Asia Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ).

Negara negara ASEAN juga ada menubuhkan beberapa jawatankuasa tetap tujuan untuk merundingkan usaha ke arah pembangunan ekonomi dan sosial. Antara jawatankuasa jawatankuasa yang ada ialah jawatankuasa perdagangan dan pelancongan, jawatankuasa pengangkutan dan telekomunikasi, jawatankuasa kebudayaan, penerangan dan sebagainya. Dalam pada itu, ada juga kerjasama dalam bidang ekonomi, ia terdiri daripada projek baja urea, projek vaksin Hepatitis B dan sebagainya.

Negara ASEAN juga mempunyai kerjasama dalam bidang sosial dan kebudayaan yang merangkumi aspek kebudayaan dan kesenian, sukan serta telekomunikasi. Antara contohnya ialah seperti Sukan Sea, Pesta Filem ASEAN, Pesta Kebudayaan ASEAN, pertukaran beritadan penyiaran TV/Radio. Selain itu, dalam bidang pelancongan pula, semua negara anggota ASEAN menyokong program Tahun Melawat ASEAN.


 ASEAN dalam kerjasama bidang pendidikan pula, ia bertujuan untuk berkongsi kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut penuntut dari negara anggota. Demi mencapai hasrat ini, ASEAN telah menubuhkan Persidangan Menteri Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). 

No comments:

Post a Comment