Tuesday, 30 January 2018

Sambungan OIC (M/S 7)











 Negara Malaysia juga telah diberi kepercayaan untuk turut terlibat dalam beberapa Jawatankuasa/Kumpulan penting dalam OIC seperti Kumpulan Bosnia Herzegovina, Kosovo, Palestin,Somaliadan Sierra Leone, di mana Malaysia adalah Pengerusinya. Malaysia dilantik sebagai Pengerusi dalam Kumpulan 13 buah negara OIC mengenai keganasan. Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting. 

Contohnya, Sesi Luar Biasa Menteri-menteri Luar Negara Islam Mengenai Keganasan (1-3 April 2002), Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone (13-14 Jun 2002), Mesyuarat Susulan Peringkat Pegawai Kanan Mengenai Pelancongan (5-7 September 2003), Sidang ke-27 Menteri-menteri Luar OIC (27 Jun 2000), Sidang Kemuncak Ke-10 OIC (16-18 Oktober 2003) dan berbagai-bagai mesyuarat lain pada peringkat Menteri dan juga pegawai-pegawai kanan dan jawatankuasa di bawah naungan OIC.
 
Malaysia juga di beri tanggungjawab mengetuai delegasi OIC Peringkat Menteri selaras dengan mandate Mesyuarat Khas untuk bertemu ahli-ahli Kuartet (EU, Rusia, Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung PBB) bagi menggesa Kuartet mengambil langkah segera menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Akhir sekali, kejayaan yang besar bagi pertubuhan OIC ialah apabila Amerika Syarikat (AS) dan Britain mengiktiraf peranan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam mengembalikan keamanan dan kestabilan di Iraq dan Palestin.


 



No comments:

Post a Comment