OIC
OIC ialah singkatan kepada Organisation of Islamic
Conference atau Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam. OIC juga merupakan sebuah
organisasi yang dianggotai oleh 57 buah negara Islam daripada tiga rantau terbesar,
iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika. Jumlah penduduknya merupakan satu per lima
daripada penduduk dunia. Selain itu, negara Balkan yang terletak di rantau tenggara
Eropah serta negara yang dinamakan Caucasus yang terletak di EropahTimur ini juga
terlibat dengan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam ini.
OIC juga bertindak sebagai satu-satunya forum
khusus untuk negara-negara Islam bagi mewujudkan perpaduan sesama Ummah,
terutamanya mengenai konflik yang tercetus di antara Israel dan Palestin.
Seterusnya, organisasi ini ditubuhkan pada
tahun 1971 atas cadangan Malaysia dan ianya adalah merupakan sebuah idea yang
dibuat oleh Tunku Abdul Rahman. Selain daripada itu, Tunku Abdul Rahman juga telah
dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama.
Dalam pada itu, pejabat bagi Pertubuhan Persidangan
Negara-negara Islam ini atau OIC, ianya beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi.
Sebagai sebuah Negara Islam, Malaysia berpendapat bahawa hubungan dengan negara-negara
Islam sangat mustahak. Matlamat bagi pertubuhan ini adalah untuk mengeratkan hubungan
dan untuk mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang seperti
sosial, ekonomi, sains dan teknologi, pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya
untuk meninggikan Syiar Islam.
Seterusnya, ianya juga bertujuan
untuk mengekalkan perdamaian dalam persengketaan antara negara Islam dan juga bersama-sama
dalam memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari. OIC
juga berperanan membendung segala unsur jahat
yang menindas umat Islam di seluruh dunia. Selain itu, OIC juga akan menjadi rujukandalam
mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum-hakam yang dihadapi oleh umat Islam
sejagat.
Dalam pada itu, Malaysia juga telah membuat pelaburan
di beberapa buah negara OIC seperti Petronas di Iran. Bagi mengeratkan lagi ikatan
silaturahim antara negara Islam, Malaysia telah menganjurkan Musabaqah al-Quran
pada tiap-tiap tahun dan juga mengadakan program NidaUl-Islam. Program NidaUl-Islam
adalah sebuah program dakwah, iaitu aktiviti yang berlandaskan al-Quran
danSunnah
.
Dalam bidang pendidikan
pula, negara-negara OIC turut memajukan pendidikan dalam kalangan umat Islam di
seluruh dunia dengan penubuhan universiti-universiti Islam seperti Universiti
Al-Azhar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Islamic University of
Technology (IUT) Bangladesh, Islamic University In Uganda (IUIU), Islamic
University Niger (IUN) dan sebagainya. Antara usaha yang dilakukan oleh
Malaysia adalah memberikan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa
bumi di Turki dan mangsa peperangan di Chechnya.



No comments:
Post a Comment