Penutup : kesimpulan
Dari
pelbagai topik yang sudah kami sediakan dalam isi diatas, dapat disimpulkan
bahawa sebagai satu negara yang maju, kita haruslah menitik beratkan perpaduan
antara negara negara di dunia. Sekali gus menjamin keselamatan dan kesejahteraan
negara.
Seperti
yang telah dikemukakan dalam tajuk Asean, penubuhan asean akan memberikan
organisasi itu keamanan, kestabilan, kegigihan, kedinamikan, kesucian dan
kemakmuran. Seperti apa yang kita tahu, matlamat asean adalah untuk mengekalkan
kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. Dalam pada itu, membantu antara
satu sama lain dari segi ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Selain
itu, daripada isi pertubuhan bangsa bangsa bersatu (PBB) pula, kita dapati
kelebihan kelebihan wujudnya pbb dalam organisasi tersebut. Antaranya menjadi
pasukan pendamai, pengaman dan pemerhati dalam beberapa pergolakan negara.
Piagam pbb juga adalah, menjamin keamanan dan keselamatan dunia. Seterusnya,
menggalakkan hubungan baik antara negara anggota dan bekerjasama menyelesaikan
masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia.
Komanwel
juga tak kurang hebatnya, penubuhannya pada tahun 1931 telah membina semangat
setia kawan antara negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai
bidang.
Pertubuhan
NAM pada september tahun 1961 juga memberi sumbangan yang besar pada negara
negara amggota. Matlamat NAM yang ingin mengekalkan keamanan dunia tanpa
menyokong blok barat atau blok komunis.
Seterunya,
malaysia dalam pertubuhan antarabangsa (OIC) yang memain peranan dalam pertubuhan
negara negara islam. Matlamat oic adalah untuk mengeratkan hubungan sesama
negara islam dalam semua bidang.
Akhirnya,
kesimpulan yang kami dapat daripada tajuk yang telah diberi iaitu isu isu
keprihatinan negara dari segi peranan yg dimainkan dalam memperkasakan dasar
negara berkenaan hal ehwal serantau dan dunia. Terima kasih




