4)Kerjasama Ekonomi
Peringkat
awal kemerdekaan Malaysia, Negara sangat bergantung kepada Britain dalam bidang
ekonomi.Malaysia mengharapkan permintaan dari Britain dalam mengeksport dua komoditi
utamanya iaitu bijih timah dan getah.Pelabur Britain masih menguasai peratus
yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.
Begitu
juga dari segi perdagangan, eksport Malaysia kenegara-negara Komanwel dikenakan
cukai yang rendah.Pada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, hubungan Malaysia dengan
Komanwel menjadi renggang akibat dasar perdagangan yang memihak kepada Negara maju.Beliau
mengambil tindakan dasar ekonomi “Buy British Last”.
5)Rancangan Colombo
Rancangan
Colombo ditubuhkan atas usaha negara-negara Komanwel untuk memerangi kemiskinan
dan wabak penyakit serta bantuan kewangan dan kemahiran teknik kepada negara-negara
yang memerlukan. Malaysia mendapat manfaat seperti bantuan kepakaran, teknikal dan
biasiswa dalam bidang pendidikan.
Melalui
rancangan ini pelajar Malaysia mendapat biasiswa dalam melanjutkan pelajaran ke
Britain, Australia dan New Zealand.Selainitu, Malaysia mendapat bantuan bagi pembinaan
Lebuh Raya Timur Barat serta pembinaan jalan raya dan jambatan di Sabah dan
Sarawak.
6)SukanKomanwel
Sukan
komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan yang berlangsung setiap empat tahun sekali
yang melibatkan atlet dari Negara anggota. Malaysia telah Berjaya menjadi tuan rumah
dan menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
Stadium
Bukit Jalil merupakan stadium yang dijadikan tempat berlangsungnya acara
pembukaan dan penutupan rasmi. Stadium tersebut boleh menempatkan sehingga
100,000 penonton dan mempunyai trek balapan.


No comments:
Post a Comment