Sunday, 4 February 2018

PENUTUP (M/S 15)


Penutup : kesimpulan

Dari pelbagai topik yang sudah kami sediakan dalam isi diatas, dapat disimpulkan bahawa sebagai satu negara yang maju, kita haruslah menitik beratkan perpaduan antara negara negara di dunia. Sekali gus menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara.

Seperti yang telah dikemukakan dalam tajuk Asean, penubuhan asean akan memberikan organisasi itu keamanan, kestabilan, kegigihan, kedinamikan, kesucian dan kemakmuran. Seperti apa yang kita tahu, matlamat asean adalah untuk mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. Dalam pada itu, membantu antara satu sama lain dari segi ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Selain itu, daripada isi pertubuhan bangsa bangsa bersatu (PBB) pula, kita dapati kelebihan kelebihan wujudnya pbb dalam organisasi tersebut. Antaranya menjadi pasukan pendamai, pengaman dan pemerhati dalam beberapa pergolakan negara. Piagam pbb juga adalah, menjamin keamanan dan keselamatan dunia. Seterusnya, menggalakkan hubungan baik antara negara anggota dan bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia.

Komanwel juga tak kurang hebatnya, penubuhannya pada tahun 1931 telah membina semangat setia kawan antara negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Pertubuhan NAM pada september tahun 1961 juga memberi sumbangan yang besar pada negara negara amggota. Matlamat NAM yang ingin mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok barat atau blok komunis.

Seterunya, malaysia dalam pertubuhan antarabangsa (OIC) yang memain peranan dalam pertubuhan negara negara islam. Matlamat oic adalah untuk mengeratkan hubungan sesama negara islam dalam semua bidang.

Akhirnya, kesimpulan yang kami dapat daripada tajuk yang telah diberi iaitu isu isu keprihatinan negara dari segi peranan yg dimainkan dalam memperkasakan dasar negara berkenaan hal ehwal serantau dan dunia. Terima kasih

No comments:

Post a Comment