Friday, 2 February 2018

NAM (M/S 10)



 
NAM

NAM bagi singkatan bahasa inggeris ialah the Non -Aligned Movement. NAM  juga dikenali sebagai pergerakan negara-negara berkecuali. Ia diasaskan pada tahun 1961 di Belgrade, Yugoslavia. NAM  ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 buah negara yang tidak berpihak kepada mana-mana blok kuasa. Antaranya ialah Myanmar, Thailand, Cambodia, Singapore, Indonesia, Loas, Vietnam, Malaysia, Philippinies, Brunei Darussalam dan lain-lain.
 
 Tujuan penubuhan NAM telah diisytiharkan dalam pengisytiharan  Havana ialah untuk memastikan Kemerdekaan, kedaulatan, intergrasi dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonialisme, pemisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan dari bangsa asing, perkerjaan terhadap kuasa serta kumpulan politik.
 Penubuhan NAM juga adalah untuk memupuk kerjasama yang erat dalam kalangan Negara anggota. Yang kedua, menjadi forum bagi Negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa. Yang ketiga, mengelakkan anggaran Negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi. Yang keempat, memperjuangkan hak dan kepentingan negara-negara sedang membangun. 

Yang seterusnya, mengubah perjuangan NAM dalam hal-hal politik dan ekonomi. Selain itu, tujuannya ialah meningkatkan kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan anggota NAM melalui rundingan. Yang terakhir adalah meningkatkan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM di mata dunia. 

Matlamat utama penubuhan NAM ialah untuk menyelesaikan pertikaian dan pertelagahan antarabangsa secara aman dan menghormati hak asasi manusia dan mengiktiraf kedaulatan wilayah semua negara. Isu-isu yang dibincangkan semasa persidangan berlangsung ialah tentang wanita, kemiskinan dan perbangunan ekonomi.
 
 Selain itu, isu yang dibincangkan ialah wanita dalam kuasa dan membuat keputusan. Seterusnya, wanita dan pendidikan, wanita dan kesihatan. Selain daripada itu, wanita dan konflik bersenjata juga dibincangkan. Seterusnya, keganasan terhadap wanita, wanita dan situasi bencana dan kesaksamaan jantina di arus perdana.


Penglibatan Malaysia di dalam NAM  pada peringkat awal tidak aktif kerana Pro barat.Dasar Malaysia menyokong tindakan Amerika Syarikat di Vietnam juga tidak disambut baik oleh NAM. Malaysia mula menyokong NAM di bawah Tun Abdul Razak yang mengamalkan dasar berkecuali.
 
Malaysia mula aktif dalam mesyuarat-mesyuarat NAM yang diadakan dan Malaysia menjadi tuan rumah persidangan NAM pada tahun 2003.Antara rancangan dan program Malaysia sebagai pengerusi NAM ialah pelancaran `Portal e-Sekretariat’ NAM pada tahun 2004.
Matlamatnya adalah bertindak sebagai pengkalan data kepada semua isu berhubung NAM. Inisiatif ini diambil kerana ICT memainkan peranan penting.Selain itu, penganjuran mesyuarat khas peringkat NAM megenai Palestin di Putrajaya pada 13 mei 2004. Matlamatnya adalah sebagai riaksi segera kepada pegolakan yang meruncing di wilayah Palestin.


No comments:

Post a Comment